Hayati dan fahami….dan airmata akan menitis sendiri. Betapa dalam menusuk ke hati.
Kerana,
Setiap daripada kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Namun bersyukurlah apabila kita telah diberikan hidayah oleh Allah SWT dan diberikan kesedaran olehNya diatas setiap kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan.
Jadikanlah kesilapan yang lalu sebagai pengajaran dan bangkitlah kembali agar tidak terus hanyut dan lalai lagi.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Janganlah kita lalai dan jauh dariNya lagi.
DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Rupanya masih ada banyak lagi perkara yang penting yang selama ini kita tidak pernah ambil peduli.
Jika kekecewaan dan kesengsaraan hidup kita yang lalu telah membuatkan kita lemah dan tidak berdaya.
Namun kini bangkitlah kembali.
Kerana sebenarnya masih ada banyak rupanya perkara penting yang kita tidak nampak selama ini.
Moga Allah SWT mengampuni setiap dosa-dosa yang lalu.
Moga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam hidup yang sementara ini.
Bangkitlah semula. Walaupun kali ini bukan untuk diri kita sendiri.
Kini untuk,
Agama, Bangsa dan Negara.




